18 June 2011

Rindu kan abang, kakak dan adik yang tak pernah wujud..

Assalamualaikum..


Hidup seorang yang tiada adik-beradik sangatlah mencabar.. Hingga terkadang aku rasa tidak sanggup nak hadapi..Semua benda aku hadapi sorang-sorang..Orang kate, anak tunggal ni best..boleh jadi anak emas..manja..Parents cocntrate dekat die sorang je..


Tu apa yang orang nampak..Bukan rasa..Ye! Aku rindukan kasih seorang yang bernama "abang".. Aku perlukan belaian dari seorang yang bernama "kakak"..Aku juga perlukan pelukan dari seorang adik..Mana aku nak dapat??Mana aku nak cari??


Orang senang je kata, "ambiklah adik angkat..ambiklah kakak angkat..ambiklah abang angkat.."
Tapi percayalah..Kasih seorang abang angkat takkan sama dengan kasih seorang abang kandung..Belaian dan perhatian dari seorang kakak angkat takkan sama dengan kakak kandung yang ada disampingmu setiap masa..Pelukan seorang adik?? even dari adik angkat pon susah nak dapat..


Kau cakap senang..kau tak rase betapa sunyi hidup aku.. Orang tengok aku friendly..aku ceria..aku senang ketawa..orang gurau aku tak ambik kesah..aku gelak je.. tu apa yang orang nampak..Dalam hati takde siapa yang tau..Dalam bilik aku nangis sorang-sorang..Aku tak tau nak mengadu dengan siapa..Takkan nak mengadu dekat mama?? no! aku tak nak burukkan orang depan mama..nanti mesti mama pertikaikan kenapa aku masih nak rapat dengan orang macam tu..


Mama garang.. tapi kadang-kadang mama oke..ade mase nye.. kadang-kadang aku rasa mama terlalu tegas..Aku tak suka share masalah dengan mama.. aku takut menyusahkan mama..Mama baik..mama sayang aku..


Sebenarnya aku menangis disebalik senyuman aku..Serius aku cemburu tengok orang ada adik-beradik.. Diorang bergurau senda.. Diorang gelak ketawa.. Aku pulak hanya mampu tersenyum melihat gelagat diorang.. Aku tak nak dibilang menyemak..menyibuk nak ikut campur..


Yang ada sesetengah anak tunggal ada orang yang perihatin tentang life die..Sumone yang special yang sentiasa buat mereka tersenyum.. Aku???! No one..Tipulah kalau aku kata aku tak sayang sapa-sapa..As a human fitrah tu tak lari dari aku..He is my 1st love and aku da simpan perasaan ni almost 1 tahun 8 bulan lebih kot.. Mama dah warning awal-awal..focus study dulu..Kadang-kadang aku tension dengan keadaan aku.. Itu tak boleh..ini tak boleh.. ape yang boleh???! Tapi bila fikir balik ada sebab mama tak bagi..


Sabda Rasulullah.. "Barangsiapa yang jatuh cinta kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar, Allah akan mengampuni dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga.."


Aku selalu menangis sorang-sorang mengenang nasib aku..Bukan bererti aku tak bersyukur.. mungkin ada hikmah nya.. Yang ada anak tunggal tapi parents kaya.. semua dia boleh dapat..Aku tak kaya..sederhana..so, tak semua benda aku boleh dapat.. Aku faham keadaan famly aku..Aku taknak mintak benda yang aku tau mama and ayah tak dapat tunaikan..


Kalaulah aku ada "abang", mesti dia dapat faham aku..Mesti banyak nasihat yang die bagi aku..Die boleh buat aku ketawa..sebab, biasanya lelaki kelakar..suka buat orang ketawa..


Kalaulah aku ada "kakak", mesti banyak problem yang aku boleh share..mesti die tenangkan hati aku kan bila ade masalah..Bila ada masa kan best boleh keluar jalan-jalan..Kalau die dah dekat universiti or kerja mesti die rajin call..mesti die belanja aku kan..boleh dapat barang free..


Kalaulah aku ada "adik", mesti die boleh jadi good listener untuk berita baik atau burukkan..Mesti die peluk aku kan..Aku boleh cium-cium die..Boleh tidur dengan die..


Untunglah korang..Kalau takde tiga tiga tu at lease ada salah satu...Lagi untung kalau famly kaya..Aku tau..Harta bukan segala-gala.. tapi sedikit sebanyak mampu bahagiakan kau..


Bukanlah bermakna aku tak bersyukur..Aku pasti satu masa nanti aku dapat merasai manisnya hidup sebagai anak tunggal..




"Sumpah aku rindukan kasih seorang yang bernama "abang".. Aku perlukan belaian dari seorang yang bernama "kakak"..Aku juga perlukan pelukan dari seorang adik..! "


p/s: entry ni ditulis dalam keadaan menangis.. 

p/s 2: jangan bagitau mama aku kalau kau baca entry ni.. please sgt3 !

3 comments:

Shazwan Azizan - wanblur said...

Jangan menangis. Kadang-kala sesuatu itu ada hikmahmnye. setiap benda ada kebaikan dan keburukan.

Anonymous said...

saya faham sangat kerana saya juga seorang anak tunggal yg tersangatlah merasa kesepian itu

SKNK said...

saya faham sangat kerana saya juga seorang anak tunggal yg tersangatlah merasa kesepian itu