15 November 2011

Separuh Cuma

Kite sayang awak.. Tapi awak nak tinggalkan kite... :'(

Awal tahun lagi salah seorang kawan dah booking tempat nak pindah..fuhh~
Lepas raye aidilfitri yang lalu pulak lagi seorang booking tempat nak pindah..ohyeeahh~
And the last person ni baru tau tadi.. oke, aku mention lagi sekali "TADI"..yeyeah..sape lagi nak pindah? sila angkat tangan..

Nampak tak di sini satu demi satu kejutan yang berlaku..Kalau la Allah letakkan nilai seorang kawan tu ibarat anggota tubuh badan aku rasa hati dah terbelah nak bagi sorang satu bahagian..
Kesedihan demi kesedihan bertandang di dalam hati..Eh, sedih ke? mestilah aku lagi suka ! :|

Yang latest tu yang paling sentap gile kot.. Memang ada jugak a few days before ni she has mention about pindah.. Sebab after Hawa cakap dia da confirm nak pindah aku pon agak down jugak..Then, aku macam tergerak hati nak berpindah ke SMK SRI GADING.. Dua orang beb member rapat nak pindah..Si Rahimah pulak da cakap awal awal "Jangan pindah..Nanti aku takde kawan.."

At last, dia jugak yang pindah.. sobs.. :'(   *Rasa nak sekeh je kepala dia..
Beberapa hari lepas dia ada jugak cakap macam nak pindah..Seriously mati-matian aku ingat dia cakap main main je tau..Paling awal pon aku jangka awal tahun depan dia nak uruskan hal pindah randah ni semua..

Selepas rehat waktu beratur dekat luar sambil bergurau senda tiba tiba dia cakap pasal uruskan pindah dengan Maria.. Kebetulan memang budak berdua tu tengah sangat sibuk mengutip markah PEKA la hape la.. huh! Yela.. Budak nak pindah kan..lalalala~

Aku buat biasa je kot..Sambil gelak gelak..Tiba tiba tengah gelak gelak tu aku tanya Maria.. "Betul ke?"
Maria pulak mengiakan.. Kau tau tak ape aku rasa.. Aku rase macam setengah nyawa aku kene tarik..Reaction aku pulak? Terus menangis dan menangis..Walau macam mana pon korang cuba untuk pujuk aku tapi korang tetap akan tinggalkan aku kan? *tears*

Speechless..Takda apa yang boleh buat kalau tu decision yang korang buat.. :'(
Orang cakap " alaa..kawan je kot..bukannya tak boleh jumpa lagi..Lain lah kalau kene tinggal dengan BF.."
"Hello guys !" *sambil petik petik jari*  "Listen here..Kawan tu lagi penting..Bile someone yang kita gelarkan 'kawan' means merekalah yang ada disamping kita disetiap suka dan duka..Hari hari muka tu lah yang akan korang hadap..Kau gaduh dengan BF/GF siapa jadi tepat kau dok membebel,menagis,meraung mcam orang nak masuk tanjung rambutan kalau bukan 'kawan'.."



Gambar yang di snap pagi tadi sebelum kejadian berlaku..Kesedihan amat dikesali..
Tinggal separuh je nanti.. sedih kan? T___T


# "Ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan dibibir, 
tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya."


* Bawak laptop pergi sekolah..online tidur online tidur je kejenye..
   Berbaki lagi 3 hari sebelum bermulanya cuti sekolah..

No comments: